Lirik Lagu Marcapada - Barbarik


Verse :

Apakah jawapan andai kau ditanya

Kemana dihabiskan usia

Apa pula alasan andainya bicara

Ke mana dicurahkan segala


Cinta mu dan harta

Adakah diadili saksama, sama

Jiwa dan raga mu

Pada yang berhak menerima


Dunia kan menua sejajar dirimu

Apakah yang harus kau sedia

Siang bermentari

Malam berbulankan sepi


Akan kau saksikan

Perubahan arah perjalanan

Mendongaklah

Pedoman mu di langit terbentang


Asal kau pastikan

Terang atau pun kegelapan

Mata hati

Mampu kah melihat dan mengenal..


Chorus :

Kerana nama diri mu manusia

Sebaik baiknya saling berpesan

Akan kebenaran

Di antara insan hoh..


Music


Chorus :

Kerana nama diri mu manusia

Sebaik baiknya sering memberi

Yang dimiliki pada jalan nya


Verse :

Apakah jawapan andai kau ditanya

Kemana dihabiskan usia

Apa pula alasan andainya bicara

Ke mana dicurahkan segala


Cinta mu dan harta

Adakah diadili saksama, sama

Jiwa dan raga mu

Pada yang berhak menerima


Outro :

Bukan sudahnya

Terpedaya

Bukan akhirnya

Terpedaya


Marcapada..

Terpedaya.. ha.. ha.. ha..


Catat Ulasan

0 Ulasan