Lirik Lagu Solidariti Perjuangan - Lagu Hari Pekerja 2025


Tanpa pekerja, tiada istana megah, 

Tanpa pekerja, negeri tidak terbela, 

Tanpa pekerja, ekonomi tak berjaya,

Kita kuat bersama.


Solidariti Perjuangan,

Solidariti Perjuangan,

Solidariti Perjuangan,

Kuat kerana Kesatuan.


Siapa yang membina bangsa, membangun watan,

Siapa yang membina rumah, jalan, jambatan,

Kitalah wahai pekerja, buruh upahan,

Kita kuat bersama.


Solidariti Perjuangan,

Solidariti Perjuangan,

Solidariti Perjuangan,

Kuat kerana Kesatuan.


Siapa yang membajak, siapa yang tarik pukat,

Siapa yang mengajar, siapa rawat mengubat,

Kitalah wahai pekerja, buruh yang penat,

Kita kuat bersama.


Solidariti Perjuangan 

Solidariti Perjuangan 

Solidariti Perjuangan 

Kuat kerana Kesatuan 


Kita bukan hamba, kita bukan jentera,

Kita perlu rehat dan gaji yang bermaruah,

Kitalah wahai pekerja, buruh yang bangga,

Kita kuat bersama.


Solidariti Perjuangan,

Solidariti Perjuangan,

Solidariti Perjuangan,

Kuat kerana Kesatuan.


Wahai pekerja tak kira kaum agama,

Kita berjuang bagai kerabat saudara,

Bila bergabung kita gagah dan perkasa,

Kita kuat bersama.


Solidariti Perjuangan,

Solidariti Perjuangan,

Solidariti Perjuangan,

Kuat kerana Kesatuan.


Catat Ulasan

0 Ulasan