Cuba renungkan hari ke hari
malapetaka disana sini
bencana datang dan juga pergi
Tapi pastikan kembali lagi
Kita masih di awang awangan
Berkhayal dengan kemewahan
hasil usaha peninggalan
Mereka yang telah kita lupakan
Entah apa yang akan terjadi
Bila bencana melanda nanti
Tiada siapa yang peduli
Dalam hidup kita hari ini
Jangan nanti di suatu hari
Menyalahkan sesama sendiri
Bila merdeka tiada erti
Sesalan tiada berguna lagi…
Jangan mudah engkau berkata
Dunia hanya sementara
Untuk kau mundur dan leka
buat selama-lamanya
Jangan nanti di suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimipi
Di siang hari…
Bangun..dari tidur
Bangun…orang timur
0 Ulasan