Lirik Lagu Niskala Suaka - K.O.I


Kera di hutan rimba disusukan

Cucu di teratak kebulur kelaparan

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

Putih merah sifat niskala suaka


Masa ruang waktu tempat mana dia berlaku

Putih sama biru merah pekat dah membeku

Tarik warna kuning ikat tengkuk tali anjing

Kucing lawan kucing hanya mahu satu loceng

Warna ungu, putih halus, jalan salah yang terlanjur

Kena ingat susun atur bawa dalam susur galur

Mana dia anak bawah yang menyanjung tunduk muka

Kini apa yang ada hanya tubuh ditimbus tanah

Waktu muda mendabik dada

Meninggi bahu melanggar semua di depan mata

Kejar kuasa sampai sanggup menunggu tahun

Kejar nama sampai sanggupnya anak dihukum

Tempatnya ditukar di ingat seketika

Untuk bawa anak anak buah makan besar

Al maklumlah arwah baik orangnya

Suka tolong sama kita untuk tangkap ikan besar


Kera di hutan rimba disusukan

Cucu di teratak kebulur kelaparan

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

Putih merah sifat niskala suaka


Mula dari Alif sampai Ya ku kebal

Sentiasa positif, kitab aku tebal

Tiga puluh khatam, tanya pada khadam

Memangku pendendam cuma suka diam

Amokku di pendam kalau tak ku tendang

Mereka main tikam, depan dan belakang

Setinggi mana pun, memang tiada ampun

Walaupun serumpun, masih pilih daun

Ey, meneraju ke alam baru

Terus humble la kalau nak maju

Jangan mendongak buat tak malu

Terasa hebat bertindak melulu

Bila menangis mencari bahu

Update media nobody bantu

Dikecam beramai terus membisu

Zaman dia lain, generasi kita berbeza

Kau masih berlampin, minum susu tin sambil baring, oh selesa

Serumpun bak serai, sesusun bak sirih

Macam ombak di pantai bersama pasir berkasih


Kera di hutan rimba disusukan

Cucu di teratak kebulur kelaparan

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

Putih merah sifat niskala suaka


Kera di hutan rimba disusukan

Cucu di teratak kebulur kelaparan

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

Putih merah sifat niskala suaka


Catat Ulasan

0 Ulasan