Lirik Lagu Yang Terbaik Dari Ladang - Ariz ft Malique & Liyana Jasmay


Intro

Kalau dah pipit tu mengaku pipit

Jangan mimpi terbang sebelah helang

Kalau tuan kebolehannya sikit

Jangan acah-acah kita tak pandang


Kitalah yang terbaik dari ladang

Kitalah yang terbaik dari ladang


Korus

Yang terbaik dari ladang sudah datang-datang

Sedap bukan main bukan calang-calang

Buka selera telinga pasang-pasang

Lagu baru nombor satu sedang berkumandang


Lagu dari ladang sudah datang-datang

Sedap bukan main bukan calang-calang

Buka selera telinga pasang-pasang

Yang terbaik dari ladang sedang berkumandang


Ariz

Kabare Nusantara ?

Saya sambung bicara

Otak geliga macam ada lipan jaga

Cemburu masih kamu yang dengki juga kamu

Tapi yang terbaik dari ladang tentulah aku


Asap warna ungu dah lama tak kelabu

Si luncai dah lama tinggalkan dia punya labu

Aku renang ke hulu berakit ke tepian

Aku senang dulu dan kemudian


Garuda kawan harimau di hutan

Seberang tambak singa dah mengaum

Sebelum biskut saya kehabisan

Saya kata chill, relax dan assalamualaikum


Malique

Assalamualaikum semua tak jawab dosa

Ariz kembali bersendaloka dan berprosa

Ramai yang cemburu dengki ada yang meradang

Kerna dia lah yang semestinya terbaik dari ladang


Ulang korus


Liyana Jasmay

Ada yang mencari ada yang bertanya

Mahu berjaya bagaimana caranya?

Ada pula ragu ada buruk sangka

Kata ku pakai pelaris dan bela saka


Aku dah lalu semua dari mula

Kadang pahit kadang manis macam gula

Jangan bebel cari guru cari buku

Dunia dah ramai yang tiga suku


Tinggi-tinggi tinggi si pohon ara

Tinggi lagi kepul asap api

Tepuk dada tanyalah selera

Kalau-kalau masih belum puas hati


Ulang Intro


Ulang korus


Ariz

Jangan main kasar ku lima terbaik

Aku cakap besar tatabahasa Malique

Tapi tak nak jahat nanti karma pusing balik

Nanti jadi macam Chin Peng kau tak boleh balik


Meja dah tebalik penuhkan lantai kosong

Sila goyang enjut dan lompat macam pocong

Laki jangan keras Chikaro pekik terlolong

Kalau yang lain keras sorry tak dapat tolong


Kalau kail tuan panjang sejangkal

Janganlah lautan dalam hendak diduga

Kalaulah tuan otaknya berakal

Hamba kan menanti kalau nak menduga


Malique

Kita tak kemana kalau mereka nak menduga

Tapi janganlah pula keldai yang ajak kuda berlumba hah

Mereka masih cemburu dan dengki dan meradang

Kerna kitalah yang sentiasa terbaik dari ladang


Ulang korus

Catat Ulasan

0 Ulasan