Lirik Lagu Hello – Altimet (ft. The Trisno Trio)



[The Trisno Trio]

Hello, siapakah gerangan

Ku ingin berkenalan

Jikalau tak keberatan


Hello, tak ingin ku bercumbu

Hanya mahu tahu nama mu

Hello hello


[Altimet]

Hello, cantik rupamu

Kau bukan dewi senyum nampak selalu

Aku tak kenal gaya

Biasa pandai seloka kini tak berkata

Kau lihat seperti wanita berjaya

Punya akidah punya kerjaya

Punya ijazah punya segalanya

Hingga perwatakan yang selamba

Dan aku sangat senang melihat kamu

Tapi punya rasa ragu

Sudah berpunya atau masih satu


[The Trisno Trio]

Hello, siapakah gerangan

Ku ingin berkenalan

Jikalau tak keberatan


Hello, tak ingin ku bercumbu

Hanya mahu tahu nama mu

Hello hello


[Altimet]

Mereka kata kurang akal, dia budak nakal

Dia ahli muzik duit tak halal

Punya ramai kenal sering keluar malam

Kau dara kena pandai pilih kawan

Mereka kurang faham aku usahawan

Tak tahu berapa didalam simpanan

Mereka kata dia berkereta lama

Tak tahu aku tanggung semua bil mama

Tak apa pertama aku anak lelaki

Kedua, aku dikala lima kali sehari

Lepak mamak kau tempat ketiga

Kalau tak suka kita tutup cerita


[The Trisno Trio]

Hello, siapakah gerangan

Ku ingin berkenalan

Jikalau tak keberatan



Hello, tak ingin ku bercumbu

Hanya mahu tahu nama mu

Hello hello


[Altimet]

Percaya aku mencari teman selamanya

Percaya aku berani kongsi segalanya

Segala port folio dan hartanah

Langkah bersama saham amanah

Anak kita dididik cara yang sama

Diikat cinta maha kuasa

Jika kau punya cita yang sama

Tuhan tanya siapa nama

hello


[The Trisno Trio]

Mata bertentang mata

Sebelum lidah kita berkata

Siapa nama mu, ku ingin tahu

Hello, salam ku dari jauh


(*)

Hello, siapakah gerangan

Ku ingin berkenalan

Jikalau tak keberatan


Hello, tak ingin ku bercumbu

Hanya mahu tahu nama mu

Hello hello


(repeat from * 2x)


[english rap by Altimet]


Catat Ulasan

0 Ulasan