Lirik Lagu Seksis – Anita Sarawak


Bila ku bersuara… kau kategorikan sbg meleter

bila kau tercabar… sebelum bertarung pun ku dah kau singkir

tika di jalanan… cermat ke cuai

stereotype lady driver

bila tunjuk pandai… lagakmu hebat

mengalahkan seorang professor


Oh mana keadilannya

balik-balik kita saja terkena

dahulu hingga kini

kau memonopoli… cuba menguasai

duniaku ini… oh mana aci


Jangan pandangku sebelah mata

hanya kerna namaku wanita

walau ada kelemahannya

engkau pun apa tidaknya

jangan pandangku sebelah mata

nanti kejantananmu tercabar

takkanku menyerah kalah

kerana matamu berat sebelah

kelemahanmu akan ku tepis

selagi persis…..


Pabilaku ramah… manis lidah

kau tuduhku perempuan murah

namun bila kau menutup helah

katamu mengikut sunnah

andai keharmonian rumahtangga

jangan harap ucapan tahniah

hujung bulan tiba… ku tuntut nafkah

kau buatku macam peminta sedekah


Oh mana keadilannya

balik-balik kau juga juara

asyik kita beri saja

melayan takhta… siang malam buta

dan penuh setia… bagaikan raja

Catat Ulasan

0 Ulasan