Lirik Lagu Teman Pengganti – Black & Malique

 


Ketawa bersama

Menangis bersama

Ku bersumpah harap kita

Mati pun bersama


Sejak dua menjak ini

Makin kerap ku diganggu visi

Bila celik juga bila mimpi

Aku nampak kau tapi bukan aku yang di sisi

Dia membelaimu dengan izin dan permisi

Sentuhan katanya semuanya kau iakan

Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan

Aku redha walau tidak ku damba

Walau hampa semuanya dah dijangka


Beberapa purnama dulu cinta bertakhta

Kenangan dibina kita indah belaka

Ketawa bersama menangis bersama

Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Namun hakikatnya bukan mudah

Aku sembunyikan gulana gundah

Segalanya kan berubah

Dengarkan apa yang ku mahu luah


Chorus

Rahsia ini

Telah lama aku pendamkan

Tiba masanya

Segala-galanya

Ku ceritakan

Aku kan pergi

Pergiku tak akan kembali

Tiba masanya

Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya prejudis dan bias

Kita tak terlepas dari terkena tempias

Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias

Tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas

Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks

Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks

Bila dunia seolah tak memahami

Kau sudi selami dalami dan mengalami


Setia mendengar sentiasa hadir

Ingat setiap ulangtahun setiap hari lahir

Tiba pagi Syawal kaulah yang terawal

Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal

70 000 hijab harus ku singkap

Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap

Dalam diam ada seorang yang ku puja

Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Ulang Chorus


Sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan

Dalam persekitaran yang penuh kejumudan

Terperangkap dalam jasad ku keliru

Mujur ada kau si peneutralisasi pilu

Namun aku tetap murung berkurung

Tubuh makin susut menunggu tarikh luput

Komplikasi di halaman rusuk kiri

Makin sukar nak bernafas nak bergerak nak berdiri


Lagu ini yang terakhir aku sajikan

Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan

Jaga diri jangan makan hati

Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti

Bilik dah ku kemas katil dah ku rapi

Cincin kunci dompet dalam laci

Ada sikit wang itu saja baki

Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi

Bertemu kekasih abadi

Tiba masanya

Kau cari teman pengganti

Catat Ulasan

0 Ulasan