Lirik Lagu Bangun Harimau Bangun - Malique

 


Di bawah mentari ataupun purnama malam

Teruskan menerkam walau lampu limpah padam

Dalam hujan ribut walau cedera dan luka

Teruskan menghayun walau dua mata buta


Chorus

Bangun bangun

Bangun harimau bangun

Jangan tidur lagi

Seteru sudah datang

Bangun (bangun)

Bangun (bangun)

Bangun harimau bangun (bangun)

Padang keramat ini

Jangan digadaikan


Sfera pun berpusing musim demi musim

Di padang bertuah ini ku masih bermukim

Bumi yang ku huni ini baktinya teramat

Sakti dan keramat ku pastikan selamat

Di sinilah duniaku tempat berhabitat

Tempat terbentuknya peribadi juga sifat

Hubungan diikat minat ligat dipergiat

Tempat belajar memikat dan tendangan lipat


Harimau sekawan aku chill tidak porak

Pemain penyokong tak lupa pasukan sorak

Kita mungkin tiada darjat tapi banyak bakat

Budak flat juga mampu ‘tuk berjasa pada rakyat

Jadi harimau sekalian bulatan perhatian

Kapitan bisikkan titipan unit perisikan

Asah kuku taring kerna sikit lepas isyak

Musuh mahu datang rompak bumi yang dipijak


Ulang Chorus


Rombongan mereka besar lengkap bomoh pawang

Datang tuk mencemar rumput dan meroboh gawang

Lagak bersahaja berjenaka dan ketawa

Seolah-olah Harimau Malaya tidak bahaya

Ini padang kami tiada siapa boleh ambil

Yang mencabar sedia tuk dicakar dan dicarik

Susun yang terbaik sebelas mulakan randik

Siapa menang dabik kalah tabik balik tiada timbal balik


Di bawah mentari ataupun purnama malam

Teruskan menerkam walau lampu limpah padam

Dalam hujan ribu walau cedera dan luka

Kita tetap kan menghayun walau dua mata buta


Tiada wang bertaruh bertarungnya demi maruah

Demi aspirasi warga tanah tumpah darah

Jangan ingkar titah raja bangkit dari dengkur

Dari mati dalam tidur baik dalam tempur


Ulang Chorus


Yang di hadapan pastikan terus maju

Yang di belakang pastikan terus kukuh

Mereka datang macam tamu kita jamu

Mereka datang macam musuh kita


Ulang Chorus

Catat Ulasan

0 Ulasan