Lirik Lagu Bukan Kerana Matahari - Wings

 

Bukan kerana elnino melanda

Lantas bahang membara

Membakar jiwa kita

Natijah yang tak terduga

Bukan kerana laut bergelora

Nelayan kebuluran

Atau kemarau panjang

Telagaku kekeringan


Sebenarnya maksudku

Hati ini yang hangus terbakar

Jiwa ini yang kering dahaga

Kerana putus cinta..


Apa salah dan dosa yang aku lakukan padamu

Semakin hari semakin panas

Aku tidak rela lebur kerana sinarmu

Berilah ku kesempatan menilik kesilapan

Agar diperbetulkan


Sebenarnya maksudku

Hati ini yang hangus terbakar

Jiwa ini yang kering dahaga

Kerana putus cinta..


Apa salah dan dosa yang aku lakukan padamu

Semakin hari semakin panas

Aku tidak rela lebur kerana sinarmu

Berilah ku kesempatan menilik kesilapan

Agar diperbetulkan

Catat Ulasan

0 Ulasan